Make your own free website on Tripod.com

Cara Memohon Green Card


Green Card hanya dikeluarkan oleh CIDB. Permohonan kepada CIDB boleh dibuat dengan cara seperti berikut;
Read the instruction

  1. Mengisi Borang UPP1. Borang boleh diperolehi dengan percuma dari;

    Pejabat,
    CTMC (Construction Technologi Management Centre),
    Blok C09,
    Fakulti Kejuruteraan Awam,
    81310 UTM Skudai.


    Rujuk Panduan Mengisi Borang jika perlu.

  2. Sertakan sekeping salinan kad pengenalan.

  3. Sertakan sekeping gambar berukuran pasport.

  4. Sertakan salinan Diploma atau Ijazah, jika ada.

  5. Setiap permohonan dikenakan bayaran RM 50.00 untuk Skim Perlindungan Takaful untuk tempoh selama 2 tahun.

  6. Hantarkan borang yang telah lengkap dengan maklumat di atas kepada En. Ahmadon Bakri atau di Pejabat CTMC, FKA, UTM.

CIDB akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu untuk memproses permohonan anda.

Green Card akan hanya diberikan kepada anda setelah anda mengikuti Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan anjuran CIDB.

Kursus Keselamatan Percuma Kursus ini adalah percuma dan dikendalikan di Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM Skudai oleh En. Ahmadon Bakri sebagai jurulatih bertauliah CIDB, NIOSH dan DOSH.

Untuk permohonan dari luar UTM, kursus boleh dikendalikan di tempat anda jika cukup peserta. Minimum peserta diperlukan ialah 35 orang.


CIDB - Construction Industry Development Board
NIOSH - National Institute of Occupational Safety and Health
DOSH - Department of Occupational Safety and Health



Copyright © 2002 HIDEF Training & Consultancy. All rights reserved